BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, May 7, 2011

minggu exam..^^

Assalamualaikum n hello^^
lame xhapdet nih..;P besela minggu exam mmg busy sket..ngeee;P sengal ouh exam kali  ni..lain di bace lain yg kua...moral of the story BACA SEMUA BAB YG ADE DALAM BUKU KORANG K..^^
ok arini aku ingin kongsikan beberapa sindrom pra-exam yang aku terjumpa di internet dan dari pemerhatian aku sendiri : kut-kut ada sindrom yang korang kena kan?! Antaranya ialah :

1. Membaca setiap masa tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Kekadang orang tanya pun, jawab macam tak nak jawab jer. Pastu kalau terlanggar or terjatuh, lambat sedikit respons. Fokus punya pasal.

2. Membaca dengan kadar yang confirm amat pantas walaupun tak faham apa-apa. Saat nie kuantiti ditekankan berbanding kualiti. Nak cover semua benda walaupun dah tak ingat semua benda pastu.

3. Makin dekat dengan exam, makin full jadinya waktu sembahyang. Mungkin sebelum nie kekadang ada yang tertinggal tapi this time, full jer memanjang. Sembahyang sunat pun dah jadi makin rajin buat + solat hajat dan sewaktu dengannya.

4. Kekadang apa yang dibaca terbawa-bawa sampai ke tempat tidur. Letak nota tepi kepala sebelum tidur + once bangun nanti, boleh baca terus. Ada yang sampai terbawa-bawa ke dalam mimpi dan mulalah meracau-racau masa tidur. hAHAHAHA!! the best part is siap mimpi soalan yg kuar exam!! hahahahaha;D




sindrom gejala sebelum exam>Ciri pelajar cemerlang : preparation sebelum bertempur<


sindrom gejala sebelum exam>Masa mandi pun kalau boleh nak baca buku camnie jugak<


5. Kalau borak dengan member, confirm ada topic pasal pelajaran yang nak dibicarakan. Kekadang masa mandi ataupun masak pun bincang pasal topic study.

6. Masa jadi makin penting. Kalau main SMS, reply confirm jadi makin pendek terus. Makin dekat dengan exam, makin pendek jadinya SMS tu. Kekadang malas nak turun café untuk makan dan pakat minta member tapau jer. Rasa cam tak cukup masa nak study nih!

7. Stok makanan lengkap di bilik sebab kalau boleh tak nak keluar bilik langsung nak study. Biskut Hup Seng, meggi, roti dengan kaya dan pelbagai lagi memang prepare awal-awal.Bertapa terus dalam bilik dan tak keluar-keluar. Sekali keluar, dah tak nampak macam manusia normal dah; dengan janggut dan rambut yang serabai.Hahahahaha;D

8. Masa nie la nak buka Facebook pun rasa tak tenang. Kekadang status di Twitter, Facebook ataupun Blog mesti berbunyi camnie: “Saya nak exam tak lama lagi. Doakan saya. Saya nak off9 sekarang nie” Pastu tak sampai dalam sejam, confirm mesej sama akan diulang lagi. Hajat hati taknak buka laptop tapi laptop dah depan mata, terpaksalah on9 kejap kan?! *wakakakaaa!*



sindrom gejala sebelum exam>Sebelum, selepas dan semasa tidur : buku di mana-mana<


9. Stok-stok kopi, Nescafe, tongkat ali, kacip Fatimah, red bull dan semua yang sewaktu dengannya memang penuh satu locker. Preparation tenaga tambahan dan untuk jadi bahan untuk kekal stay up.

10. Meja penuh dengan bahan-bahan bacaan, highlighter, pen dan alat-alat tulis lain : memang confirm serabai. Kekadang ada buku yang tak pernah buka sebelum nie pun, semuanya buka. Sekurang-kurangnya nampak usaha nak study kan?!

11. Masa nie jugaklah terfikir “Kenapalah aku tak study awal-awal?! Kan senang sekarang. *sigh*” Pastu kalau boleh siap ada azam next year untuk study awal-awal dan study lagi kuat. Tapi aku rasa macam benda sama jugak yang jadi masa nak exam next year kan?! Duk ulang benda sama jah. (^_^)/


sindrom gejala sebelum exam>Untuk kita semua : moga cemerlang dalam exam yerk<


Itulah antara sindrom-sindrom utama bebudak yang nak ambil exam. Aku rasa aku tak sampai ke tahap camtu lagi buat masa sekarang tapi dulu memang banyaklah yang aku lalui camnie.Tp sket2 tu ade lah..Hahahaha;D anyway last word SEMOGA BERJAYA KEPADA SESIAPE YG TGH EXAM TU..yg dah abis KITE ENJOYYYYYY^^
daaaaaa..
 

Wednesday, March 30, 2011

ragam dunia Fb. Tak ada kena mengena dengan sesiapa okeis!. No heart feeling ok !

Assalammualaikum^^, haa..arini nk smbang2 sket pasal fb(facebook) hee^_^ aku adelah fb addicted yg tegar! betul! xtipu...klu xon9 rase cm kurang jer..hahahaha;D (melampau aku ni!) ;P yela kawan2 pon tgur, 'an ko ni asyik fb je"..aku pon jawab la fb ni dunie hiburan aku..janji aku xkacau laki bini,couple2 dan seangkatan dgnnye dahla..huuuu;P dlm fb ni mcm2 peel(perangai) manusie yg aku jmpe...ade yg update status yg tah hape2..(bace bkali2 pon xpaham)..ade yg hobi tagged2 pic yg xbkenaan ngn aku..slaloonye pic duit! lol~ klu da byk sgt duit tu ce bg aku sket....xpon sedekah ke..ni dok tunjuk2 watpe..semak je! hahaha;D so lets cekidaout pe ragam2 dlm fb yg bole ditemui..;P

Jenis yang rajin giler tukar relationship diorang!
Satu hari  si abu tukar relationship dia yang dari single ke in relationship macam ni :
abu in relationship with minah”
Hah ! Lepas tuh berduyun-duyun orang komen yang berbunyi macam ni :
  • Wah bila kau tackle dia ni ! Melepas lah aku. Aku minat dia dulu kot !
  • Tahniah ! Korang dua orang memang sepadan sangat.
  • Alah layaklah dengan muka kau wei. Si minah bukan cantik mana pon. (Ni tak sebab jeles, mesti sebab kedengki )
Lepas tuh beberapa hari lepas tuh Matpet tukar relationship dia pulak:
abu is single”
Hah ! Lepas tuh masing-masing tunjuk simpati terutamanya yang girl-girl desperate lah:
  • Takpelah, nak buat macam mana kan, dah tak ada jodoh.
  • Wah cepat nya you single ! Takpe, I kan ada .
  • Layaklah dengan muka kau ! ( ni spesis kedengki tadi lah )
pas selang beberape minit tuka balik 
abu is in relationship with minah'..begitulah dalam minit2 seterusnye...huh~ (aku pon cmni gak..terutamenye time gado ngn bf..hahahahaha;D penyudahnye aku hide je info relationship tu..senang!)

Jenis yang rajin nak mati update status ! 

 Benda ni memang aku tabik springlah sebab aku pun tak rajin nak update status Facebook macam ni tau:
Pagi-pagi celik je mata pun hupdate status macam ni:
  • Good morning semua ! Ahh busuk nya bau mulut aku, aku pergi gosok gigi dulu ehh !
(5 minit kemudian)
  • Ahh beshnya gosok gigi tadi, mak kita beli ubat gigi cap kodomo lion ! Aishhh rasa nak mandi pulak. Kejap tau.
(5 minit kemudian)
  • Puasnya mandi tadi. airnye sejuk giler! Memang heaven.
(5 minit kemudian)
  • Laparnya ! Nak pergi sarapan lah. Mak kita buat tapai ubi belacan. Selamat menjamu selera.
(5 minit kemudian)
  • Sedapnya tapai ubi belacan yang mak kita buat. Nak sikit? Datanglah rumah !
Ahhh ! Kau rasa annoying tak bila setiap kali kau tekan refresh or reload balik page kau ni punya status je yang appear dekat wall kau. Gile annoying kan !

Jenis budak-budak baru nak up punya status !
jenab  ni baru je form 4 and disebabkan nak orang rasa dia comel gile nak mati, dia suka sangat update status macam ni:
  • Wawww ! Harieww nieww mak kiteww mawsak kuewtiaww bewwlacan ! Sapew-sapew yawg nak raseww silewwlah dawtang rumah kiteww !
Ahhh tension nya aku bila baca status macam ni ! Dahlah kena eja satu-satu. Baca status satu ni pon ambil masa sampai setengah jam!

Jenis yang suka bagi application dekat orang lain !
Hah ! Perasan tak kadang-kadang orang banyak post kat wall kau pasal application nak cium lah , nak senyum lah, bagi bunga rose lah, bagi hadiah lah sampai penuh wall kau ! benda ni aku tak kisah pun sebab lagi banyak aku dapat, tandanya lagi ramailah orang yang take care dekat aku. Ye tak ! Tapi kalau banyak sangat, memang aku remove lah sebab kadang-kadang laptop aku boleh jadi hangen sebab benda-benda ni semua.

Jenis yang suka nge-tagged kawan-kawan dengan gambar tah pape~
haaa yg ni aku suke...suke sgt! hahahaha;P kalau tag pic korang xpela..aku bole terima..yela..mungkin korg nk bgtau yg korg update pic baru..atau pon korg nk gtau yg korang ade baju baru...or ape2 yg baru..then aku pon bminat jugakla nk comment pic tu...tp yg aku xbekenan nye tag kt aku pic DUIT..aku tau kome ni byk duit..tp klu stakat nk tayang je bek xpayah....lenla klu korg blanje makan chicken chop ke ape ke..haaa cenggitu aku suke la...^_^ pastu kt pic duit tu korg rajin btul comment2..annoying btul aku sbb korg xsembang pasal aku pon kt comment2 tu..hahahaha;D

Status dari boipren kepada girlpren nya atau dari girlpren kepada boiprennya !

Hahaha...abu ni time-time in relationship dengan minah suka sangat post dekat wall minah yang berbunyi macam ni:
“ Ohh sayang, I love you until the end of my SPM”
Yang si minah ni pulak balas :
“ Ohh B, bestnya dengar you cakap macam tuh. I Love you to0 B !
Hahaha yang ni memang terkena kat batang hidung aku sendiri lah sebab aku pun memang suka post kat Wall Facebook boipren aku dengan status yang boleh buatkan kawan-kawan aku termuntah hijau. Tapi memang aku menyampah kalau status kau tuh, kau nak hupdate beribu-ribu kali macam kau sorang yang ada boipren or girlpren. Sekali sekala sudah lah ! Jangan over ! Memang lah masing-masing ada hak nak tulis apa-apa pun tapi hello ! Facebook ni semua kawan-kawan kau ada ! So paham-paham sendiri lah ehh.( t adelah yg mengajuk2@mengejek2 bile dlm kelas or whatsoever..hahahaha;D)
Ok lah tuh je lah yang aku nampak setiap kali aku bukak Facebook aku. Tapi apa-apa pun, disebabkan Facebook ni lah aku boleh terleka sebab enjoy sangat. Ingat ! Sebab Facebook jugaklah seseorang boleh putus dengan boipren or girlpren dia, sesorang boleh bergaduh dengan bestfriend dia and sesorang boleh jadi musuh dengan orang lain. So fikir dulu sebelum nak post apa-apa or buat apa-apa. Ada paham ?
Penat dah aku melalut and meraban ni. Thanks kerana sudi membaca and ingat ehh ! Entry ni tak ada kena mangena dengan sesiapa pun, benda ni semua umum. PEACE ! No heart feeling ok.

p/s--> zaman dolu2 xde facebook korg gune pe erk?;P

love andarienne
credit to reenbuttlady-dalinda.blogspot.com

Tuesday, March 29, 2011

4 Jenis Manusia Dalam Dunia

Empat Jenis Manusia Dalam Dunia

1. Mereka yang tidak ada lidah dan tidak ada hati.

Mereka ini ialah orang-orang yang bertaraf biasa, berotak tumpul dan berjiwa kerdil yang tidak mengenang Allah dan tidak ada kebaikan pada mereka. Mereka ini ibarat melukut yang ringan, kecuali mereka dilimpahi dengan kasih sayang Allah dan membimbing hati mereka supaya beriman serta menggerakkan angota-anggota mereka supaya patuh kepada Allah.

Berhati-hatilah supaya kamu jangan termasuk dalam golongan mereka. Janganlah kamu layan mereka dan janganlah kamu bergaul dengan mereka. Merekalah orang-orang yang dimurkai Allah dan penghuni neraka. Kita minta dilindungi Allah dari pengaruh mereka. Sebaliknya kamu hendaklah cuba menjadikan diri kamu sebagai orang yang dilengkapi dengan Ilmu Ketuhanan, Guru kepada yang baik,Pembimbing kepada agama Allah,Penyampai dan pengajak kepada manusia kepada jalan Allah.Berjaga-jagalah jika kamu hendak mempengaruhi mereka supaya mereka patuh kepada Allah dan beri amaran kepada mereka terhadap apa-apa yang memusuhi Allah. Jika kamu berjuang di jalan Allah untuk mengajak mereka menuju Allah, maka kamu akan jadi pejuang dan pahlawan di jalan Allah dan akan diberi ganjaran seperti yang diberi kepada Nabi-nabi dan Rasul.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda kepada Sayyidina Ali; "Jika Allah membimbing seseorang melalui bimbingan kamu kepadaNya, maka itu terlebih baik kepada kamu dari apa-apa sahaja di mana matahari terbit".

2. Mereka yang ada lidah tetapi tidak ada hati.

Mereka bijak bercakap tetapi tidak melakukan seperti yang dicakapkannya. Mereka mengajak manusia menuju Allah tetepi mereka sendiri lari dari Allah.Mereka benci kepada maksiat yang dilakukan oleh orang lain, tetapi mereka sendiri bergelumbang dalam maksiat itu.Mereka menunjuk kepada orang lain yang mereka itu Soleh tetapi mereka sendiri melakukan dosa-dosa yang besar. Bila mereka bersendirian, mereka bertindak selaku harimau yang berpakaian. Inilah orang yang dikatakan kepada Nabi SAW. dengan sabda;

"Yang paling aku takuti dan aku pun takut di kalangan umatku ialah orang alim yang jahat".

Kita berlindung dengan Allah daripada orang alim seperti itu. Oleh itu,larilah dan jauhkan diri kamu dari orang-orang seperti itu. Jika tidak,kamu akan terpengaruh oleh kata-kata manis yang bijak berbicara itu dan api dosanya itu akan membakari kamu dan kekotoran hatinya akan membunuh kamu.

3. Mereka yang mempunyai hati tetapi tidak ada lidah.

Dia adalah seorang yang beriman.Allah telah mendindingkan mereka daripada makhluk dan menggantungkan di keliling mereka dengan tabirNya dan memberi mereka kesedaran tentang cacat cedera diri mereka. Allah menyinari hati mereka dan menyedarkan mereka tentang kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri urusan orang ramai dan kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri orang ramai dan kejahatan kerana bercakap banyak.

Mereka ini tahu bahawa keselamatan itu terletak dalam "DIAM" dan bekhalwat. Nabi SAW. pernah bersabda;

"Barangsiapa yang diam akan mencapai keselamatan".

Sabda baginda lagi;

"Sesungguhnya berkhidmat kepada Allah itu terdiri dari sepuluh bahagian, sembilan darinya terletak dalam diam".

Oleh itu mereka dalam golongan jenis ini adalah Wali Allah dalam rahsiaNya, dilindungi dan diberi keselamatan, bijaksana, rakan Allah dan diberkati dengan keredhoan dan segala yang baik akan diberikan kepada mereka.

Oleh itu, kamu hendaklah berkawan dengan mereka dan bergaul dengan orang-orang ini dan diberi pertolongan kepada mereka. Jika kamu berbuat demikian, kamu akan dikasihi Allah dan kamu akan dipilih dan dimasukkan dalam golongan mereka yang menjadi Wali Allah dan hamba-hambanya yang Soleh.

4.Mereka yang diajak ke dunia tidak nampak(Alam Ghaib), diberi pakaian kemuliaan seperti dalam sabda Nabi SAW:


'Barangsiapa yang belajar dan mengamalkan pelajarannya dan mengajarkan orang yang lain, maka akan diajak ke dunia ghaib dan permuliakan".

Orang dalam golongan ini mempunyai ilmu-ilmu Ketuhanan dan tanda-tanda Allah. Hati mereka menjadi gedung ilmu Allah yang amat berharga dan orang itu akan diberi Allah rahsia-rahsia yang tidak diberi kepada orang lain. Allah telah memilih mereka dan membawa mereka hampir hampir kepadaNya. Allah akan membimbing mereka dan membawa mereka ke sisiNya. Hati mereka akan dilapangkan untuk menerima rahsia-rahsia ini dan ilmu-ilmu yang tinggi. Allah jadikan mereka itu pelaku dan lakuanNya dan pengajak manusia kepada jalan Allah dan melarang membuat dosa dan maksiat. Jadilah mereka itu "Orang-orang Allah". Mereka mendapat bimbingan yang benar dan yang mengesahkan kebenaran orang lain.

Mereka ibarat timbalan Nabi-nabi dan Rasul-rasul Allah. Mereka sentoasa mendapat taufiq dan hidayah dari Allah Yang Maha Agung. Orang yang dalam golongan ini adalah pada peringkat terakhir atau puncak kemanusian dan tidak ada Maqam di atas ini kecuali Kenabian.

Oleh itu hati-hatilah kamu supaya jangan memusuhi dan membantah orang-orang seperti ini dan dengarlah cakap atau nasihat mereka. Oleh itu, keselamatan terletak dalam apa yang dicakapkan oleh mereka dan dalam berdamping dengan mereka, kecuali mereka yang Allah beri kuasa dan pertolongan terhadap hak dan keampunanNya.

Sheikh Abdul Qadir Al-Jailan telah bahagikan manusia itu kepada empat golongan. Sekarang terpulanglah kepada diri kita untuk memeriksa diri sendiri jika kita mempunyai fikiran. Dan selamatkanlah diri kita jika ingin keselamatan. Mudah-mudahan Allah membimbing kita menuju kepada apa yang dikasihiNya dan diredhaiNya, dalam dunia ini dan di akhirat kelak. 

p/s--> marilah kita renung2 kan bersama dan selamat beramal^_^ 

love andarienne

Saturday, February 12, 2011

pemandu lelaki vs pemandu perempuan ^_^

tajuk pon da bole agak kan...huu~ bile sembang pasal pemanduan ni ramai yg akan memperlekehkan perempuan..sakit ati akuh>,< huh! xyah tgk jauh2 or tgk org lain...bile ayah/abg/sepupu (llki)/pakcik2 korang bawak kete then ade pemandu kete depan slow jer...trus dgn otomatiknye mulut mereke bkate "ni musti perempuan yg bawak nih..slow nk mampos!..' tlinge aku yg dgr pedih jer..d(".")b tpiiii...bile mereke2 nih potong jer krete depan dorg tuu..tup2 pemandunye LELAKI! hah! hambek ko! kasihan golongan perempuan...asyik di DISKRIMINASI kan oleh kaum adam nih! huh..sakit jiwo den! ni sedikit perbezaan antara cara pemanduan lelaki n perempuan..^_^

Perempuan
  1. mengamalkan sikap terlalu berhati-hati di jalan raya. (smpai bawak kereta di lorong paling kanan dengan kelajuan 40km/j)
  2. dikatekan lembap semase memandu.. (sampai ati kaum adam nih! )
  3. terlalu mengikut peraturan. (heh..ni tuk keselamatan diri tau!)
  4. beli kereta pastu pakai smpai lingkup! xde maintenance lgsg kt krete tuh..(sbnarnye kteorg ni kesian kt mekanik2 bengkel krete tu..klau kteorg maintain condition krete tu, mekanik2 tu xde kje lak..hahahaha;D (masuk akal x?) ).
  5. terlampau obses menghias dlmn kerete yg kadang kale myusahkan diri sendiri. (ahaks! yg ni aku xtawu la kan...yela aku tgk krete lelaki pon ade patung hello kitty kt cermin blakang tuh=.=' besar siot! hahahaha^_^)
  6. Gemar meletakkan segala benda dalam kereta cthnye baju n kasut tinggi berpasang2 kt boot krete tuh.(pe gune krete besa kalau kosong jer..ye dak?boot krete dibuat besa2 mmg utk di isi barang ye tuan2 dan puan2..)^_^
  7. kerete lagi bersepah drp lelaki..(yeke?aku tgk krete kawan2 aku elok jer..xde lak penuh sampah..hmmm)
Lelaki
  1. tak sabar ketike memandu..(yg ni aku 100% agreed..sbb aku penah alaminye..huh..aku bawak moto, pastu ade kete ptong laju giler..then break btul2 depan moto aku n dgn slambernye masuk simpang kiri aku..huh! mmg bbakul2 lah aku sumpah mamat tuh..nasib baik aku xjatuh sbb brek time tu..)
  2. suka membunyikan hon jika tak puas hati dgn keaddan time tu..(haa ni g 1 aku stuju..dah terang2 lagi benderang jalan jammed..lagi mau hon2..sengal btul! (tp rasenye ponpuan pon ade wt cmnih..) ^_^
  3. sangat xsuka same peraturan jalanraya yg ditetapkan oleh kerajaan..(hahahaha;D absolutely true! da terang2 60km/j...tp dok tibai 130km/j jugak..huu~ tp bile dpt saman speed trap marah plak..padehal salah diri sendiri..huu~ ) tp kawan2 ak pon ramai yg suke bwk laju2..perempuan lak tu..heh~
  4. selalu melabelkan pemandu wanita lembap dan menyusahkan sedangkan kadang kala yang terjadi adalah berpunca daripada kaum sejenis mereka jgk. (klau dah lelaki tu mmg xmau mgaku kalah ngn perempuan...) huh=.='
  5. menjage kerete lebih drp mjage isteri sendiri! (hahaha;D ni sgt btul! yela sggup bhabis tuk krete..hias tu la hias ni lah..tuka itu lah tuka ini lah..padehal  kilang kluarkan krete tu elok dah..xde cacat mane2..tp kaum adam ni mmg suka dok modified kereta..(ade yg aku tgk tuk spoiler tggi giler..n dgn slambenye aku btnye 'nk terbang ye bang' hahahaha;D nk krete lg laju katenye...)
 huhuhu~ whatever it is lelaki n perempuan ni same je...nobody perfect kan..MANUSIA BUAT SILAP...lainlah kalau kome ni alien..gyahahaha;D


Love An Darienne

Friday, February 11, 2011

Lelaki tak Suka tp Perempuan Suka..^_^

1. Cepat berubah fikiran. Arini kamu suka kat dia. esok kamu minat kat orang lain. minggu depan t kamu dah lupa nama mamat yang mggu lepas. Peh..gila tuh. You all bakal digelar playgirl berjaye.
2. Membanding diri dengan orang lain. Kalau si dia minat kat kamu, dia takkan pandang sangat awek lain. PERCAYALAH!. Takyahlah susah-susah nak tolong promote orang itu..orang ini. Orang tu lawa la..tu la. Yang penting KAMU.
3. Bercanggah pendapat. Kalau dia minta pendapat, jangan ragu-ragu utk mengeluarkannya. Tapi, sebelum keluarkan hujah pastikan dia berada dipihak mana. Seboleh mungkin jangan sampai menyinggungnya.
4. Terlupa temujanji. Kalau dah berjanji, janganlah sesekali lupa. kalau terlupa percayalah dia akan rasa macam tak dihargai dan tidak penting dalam hidup kamu. (tp llki pon same jer..=p)
5. Riak. Kalau kamu baru dinaikkan pangkat dan si dia memuji… pastikan kamu tidak riak bertahun-tahun, dikhuatiri si dia akan terasa tak setaraf ngan kamu plak. Cukuplah utk sejam dua sahaja.
6. Berkira soal berat badan. Kalau si dia mengorder burger paling besar atau ayam goreng 2 set + kentang besar+ milkshake jangan larang atau tegur. takyahlah nak cerita pasal lemak, kolestrol. lelaki ni kalau bab makan memang berkira.
7. Pura-pura tak tahu. Ini memang berlakon tahap dewa! Takkan la lansung tak kenal Brad Pitt semata-mata nak jaga hatinya. tak salah jika sesekali tunjuk bijak.
8. Malas buat keputusan. Si dia buntu. Cadangan kamu? ” ntah la I pun tak tau! ” Hello bangun dan bukak akhbar. Cuba beri cadangan yang baik. Si dia bukan tukang buat keputusan 24 jam sajer. Bila sesekali kamu buat keputusan gempak… dia mungkin makin sayang.
9. Kurang sopan. Tanyalah mana-mana lelaki, mesti dia tak pilih wanita yang kurang sopan. Kalau ada sifat Hot Tamper..cuba belajar control. Ada sesetengah jenis kekasih mungkin dah memahami, so boleh tolak ansur. Tapi kalau jenis tak leh tolak ansur… .. (lelaki pon same..=.=')
10. Tak mengaku kelemahan. sesekali kena mengaku kelemahan sendiri. Jangan dok maintain cun jer… Lambat laun terbongkar gak. Percayalah… kalau kamu mengaku kelemahan diri, si dia bukan anggap itu satu kecacatan tapi satu kelebihan kerana jujur dengan si dia. trust me..^_^

so conclusion nye..NOBODY PERFECT...so xyah susah payah cari yg PERFECT..^_^ tgk diri sendiri dlu sebelum nak cari ketidaksempurnaan org lain..^_^
PEACE!

Love An Darienne.

credit to zihan.com

Sunday, February 6, 2011

Fakta atau Auta?^_^

Assalamualaikum dan selamat sejahtera~ ;p
arini i just wanna share something with u alls^_^ selamat membaca  yaaa..^_^
Sesuatu hubungan tu boleh menjadi mengelirukan kadang kala bila mana seorang lelaki dan perempuan itu sangatlah berbeza. Wanna make your relationship works? Ni amek beberapa fakta tentang lelaki yang kita perlu tahu sebagai seorang perempuan. Hohoho.


1. Bukan ke saya dah cakap “I Love You” semalam?
Ya, ya. Tak dinafikan perempuan ni selalu nak sangat si lelaki cakap those three little words, tapi tapi! It is somehow isn’t much important to most men. Jadi, terimalah kalau si dia tu macam tu. Dah beliau macam tu, nak buat macamana, ye tak? Tapi tu tak bermaksud he loves you any less pun! Tengok cara dia, that should communicate louder than his words. Action speaks louder than words kan? Hoho.

2. Awak nampak cantik sayang!
Hah, kalau kita tak nak standard jawapan, jangan tanya standard soalan! Itu memang akan buatkan lelaki ni off as there’s no right answer. You are going to disbelieve him anyway. Jadi jangan tanya, lebih baik tanya budak2 because kids don’t lie. Teeheeeee :D

3. Saya tak tengok dia la!
Lelaki tetap lelaki. Itu kenyataan yang tak dapat disangkal lagi. Kalau kita tengah makan dengan dia kat sebuah kedai/restoran etc, tiba-tiba dia notice the pretty girl at the cashier. Jangan complain! She’s pretty, that’s why he will notice! That is what we called his primal tendency. Kita tak boleh ubah what comes naturally to him dan tak perlu nak overly jealous about it. Hey, he loves you, so what? Hahaha. *tapi if he goes over the limit then you should do something! Haha.

4. Awak tak ready lagi? Dah lambat la!!
Well, dia dah cakap pukul 9, jadi maksudnya pukul 9, bukan 8.59 mahupun 9.01. He will never ever understand about being fachionably late. Membiarkan dia menunggu sementara kita mencari di mana kita letak kasut yang nak dipakai tu bukanlah satu idea yang bernas. Cuba hormati masanya. After all, you both can spend more time together. ^.~

5. Baju/dress tu cantik!
Lelaki sangat suka bila kita mengambil nasihat mereka dalam fashion. Kenapa? Sebab dorang akan rasa gembira sebab kita dressing up for them and not to impress other men! Haha. Kalau dia suka anda dengan shawls, then by all means buy shawls. He will appreciate the thought. :’)

6. Awak bosan?
Dia mungkin akan bercerita pasal game mybrute, his brute hero etc, but please look interested! It is at least you can do for all the hours that you’ve tortured him pasal beauty talk, baju mane yang cantik untuk dipakai, gossip pasal artis, etc. Hehe.

7. Awaklah orang itu!
Tak nak ke dengar those words from your man? Mesti kita akan rasa best bila they did it, take it as a compliment from your man, then, don’t let yourself go. Dia nak jadi the most luckiest guy in the room when you both walk in as a couple. Hohoho.*and sometimes they did proud of themselves when they walk with you in public with this dialog in their heart,”hey, this girl is mine. hahaha”. Then if you coincidentally nampak dia senyum2 tetiba, it should be he’s murmuring to himself. hahaha.

8. Saya tak fikir tentang apa-apa pun..
Jangan terlalu memaksa bila dia diam, jangan terlalu push dia. Kadang2 mungkin dia pun tak tahu apa yang dia rasa dan sometimes, giving him a little space will help him to sort things out. Things ain’t going to be okay if you push him harder. It might turns out to be the other way around. So ladies, take note!!! :’)

9. Ya, saya pakai niii!
Jangan tanya your man, awak nak pakai baju ni ke?, dengan muka yang macam tak puas hati atau sebagainya. Ohh, you better not! tee hee :D . Jangan jadi choosy dan queen control sampai ke tahap itu. Tapi jika anda mahu dia berpakaian seperti yang anda mahu, you better tell him earlier before he puts anything on. May be he might consider about it. :) 

10. Biar saya betulkan!
Lelaki tak suka bermain dengan game teka-teki. I mean, if you ada masalah, tell him. Dia mesti akan nak cari solution untuk kita, dan itu semestinya cepat dan percuma. Hehe. Men are wonderful creations if you know how to deal with them on a daily basis. *saya pun tak master lagi bab ni. hoho. 

“Most men know how to talk a talk,
Real men know how to walk a talk”
 
credit to. Cikedisdotcom

Monday, January 31, 2011

happening night! ^_^

hello there! ^_^ hee~ arini ak mau cerita pasal aktiviti mid term break sem nih..^_^ ari jumaat yg lepas ak berkesempatan berjumpe same 2 org jelitawan fb iaitu Emy Milia n Fyn Tsukusyi..^_^ ohh..both cute ok! i love them! hee~ janji nk jmpe kul 10 mlm but im late 15minutes! oh sorry guys=.=' but u all dah mkn dulu! xaci..=.=' hee~ emy ni kcik molek saje orgnye...rendah jer...i loike! ^_^ cantik! thats the word pling ssuai tuk describe sys emy..^_^ orgnye humble..i like! hee~ fyn pulak sgt cute! thats the word yg sesuai tuk describe fyn..CUTE..^_^ but..kuat makan..gyahaha:D

                                   saranghae!! ^_^ (i love both of u)

                         bersame cik Emy Milia+Fyn Tsukusyi..saye adek ok..^_^


                            bersame cik Emy Milia! she's beautiful..i like!

mmg xdnafikan fyn mkin tembam^_^ mybe dah berisi kot..(andaian sendiri =p) mlm tu kiteorg wt triple date! (tiru ayt fyn jap) hee~ tp sian kt muz sbb xde partner...xpe ye muz lenkali kua bawak aweks2 k..^_^
here some picture on thaht night! ^_^


                        makanan byk2 tu dorg yg makan..saye xbersalah=.='

hee~ edy mcm muke apek dah..(cine)+ kejap2 tgk jam..huh=.=' tau la ade jam..jeles la tu kiteorg smbang ngn fyn lame2..gyahaha:D (kidding! ) hee~ he's very friendly^_^ same cm emy+fazrul, fyn+edy n muz..baru jmpe skali mcm dah jmpe slaluu..^_^ muz dlm pict nmpk tggi, bile jmpe orgnye kecik molek jer..^_^ baik jer budaknye..haha:D budak ke?(jgn mara aa bend!) ^_^


                                                         candid!

                                       peace^_^ no war okeh!

mlm tu my lovely pakwe pon ade..seronotnye! ^_^ thanks lalink sbb sudi meneman + melayan kerenah aweksmu ini..^_^ sayang kamoo sgt3..^_^ lap u lah^_^
mlm tu kiteorg smbang mcm dah knl lame..huu~ padehal knl dlm alam maya jer..^_^ hee~ i love it!
memandangkan cik emy kite drp jauh dtgnye (dr kuantan tu..) + cik fyn pon bkerje ke esokkan harinye + en. edy dah bberape kali melihat jam dtgnnye (signal nk ajak balik lah tu=.=') so kiteorg pon balik ke rumah masing2...hee~ ^_^ thanks to Emy Milia with her boyfie Fazrul, Fyn Tsukusyi with her husband Edy Tsukasa n Muzamil Anuar..^_^ love to meet u all again..^_^ and A big thanks to my boyfie Eiman Darien sbb sudi teman saye..^_^ i love u mcuk!

p/s> thanks emy sbb bwk DSLR NIKON yg sgt superb! t an kawen nk pinjam! hee~ bole jd photographer.. ^_^

Love An Darienne