BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, March 30, 2011

ragam dunia Fb. Tak ada kena mengena dengan sesiapa okeis!. No heart feeling ok !

Assalammualaikum^^, haa..arini nk smbang2 sket pasal fb(facebook) hee^_^ aku adelah fb addicted yg tegar! betul! xtipu...klu xon9 rase cm kurang jer..hahahaha;D (melampau aku ni!) ;P yela kawan2 pon tgur, 'an ko ni asyik fb je"..aku pon jawab la fb ni dunie hiburan aku..janji aku xkacau laki bini,couple2 dan seangkatan dgnnye dahla..huuuu;P dlm fb ni mcm2 peel(perangai) manusie yg aku jmpe...ade yg update status yg tah hape2..(bace bkali2 pon xpaham)..ade yg hobi tagged2 pic yg xbkenaan ngn aku..slaloonye pic duit! lol~ klu da byk sgt duit tu ce bg aku sket....xpon sedekah ke..ni dok tunjuk2 watpe..semak je! hahaha;D so lets cekidaout pe ragam2 dlm fb yg bole ditemui..;P

Jenis yang rajin giler tukar relationship diorang!
Satu hari  si abu tukar relationship dia yang dari single ke in relationship macam ni :
abu in relationship with minah”
Hah ! Lepas tuh berduyun-duyun orang komen yang berbunyi macam ni :
  • Wah bila kau tackle dia ni ! Melepas lah aku. Aku minat dia dulu kot !
  • Tahniah ! Korang dua orang memang sepadan sangat.
  • Alah layaklah dengan muka kau wei. Si minah bukan cantik mana pon. (Ni tak sebab jeles, mesti sebab kedengki )
Lepas tuh beberapa hari lepas tuh Matpet tukar relationship dia pulak:
abu is single”
Hah ! Lepas tuh masing-masing tunjuk simpati terutamanya yang girl-girl desperate lah:
  • Takpelah, nak buat macam mana kan, dah tak ada jodoh.
  • Wah cepat nya you single ! Takpe, I kan ada .
  • Layaklah dengan muka kau ! ( ni spesis kedengki tadi lah )
pas selang beberape minit tuka balik 
abu is in relationship with minah'..begitulah dalam minit2 seterusnye...huh~ (aku pon cmni gak..terutamenye time gado ngn bf..hahahahaha;D penyudahnye aku hide je info relationship tu..senang!)

Jenis yang rajin nak mati update status ! 

 Benda ni memang aku tabik springlah sebab aku pun tak rajin nak update status Facebook macam ni tau:
Pagi-pagi celik je mata pun hupdate status macam ni:
  • Good morning semua ! Ahh busuk nya bau mulut aku, aku pergi gosok gigi dulu ehh !
(5 minit kemudian)
  • Ahh beshnya gosok gigi tadi, mak kita beli ubat gigi cap kodomo lion ! Aishhh rasa nak mandi pulak. Kejap tau.
(5 minit kemudian)
  • Puasnya mandi tadi. airnye sejuk giler! Memang heaven.
(5 minit kemudian)
  • Laparnya ! Nak pergi sarapan lah. Mak kita buat tapai ubi belacan. Selamat menjamu selera.
(5 minit kemudian)
  • Sedapnya tapai ubi belacan yang mak kita buat. Nak sikit? Datanglah rumah !
Ahhh ! Kau rasa annoying tak bila setiap kali kau tekan refresh or reload balik page kau ni punya status je yang appear dekat wall kau. Gile annoying kan !

Jenis budak-budak baru nak up punya status !
jenab  ni baru je form 4 and disebabkan nak orang rasa dia comel gile nak mati, dia suka sangat update status macam ni:
  • Wawww ! Harieww nieww mak kiteww mawsak kuewtiaww bewwlacan ! Sapew-sapew yawg nak raseww silewwlah dawtang rumah kiteww !
Ahhh tension nya aku bila baca status macam ni ! Dahlah kena eja satu-satu. Baca status satu ni pon ambil masa sampai setengah jam!

Jenis yang suka bagi application dekat orang lain !
Hah ! Perasan tak kadang-kadang orang banyak post kat wall kau pasal application nak cium lah , nak senyum lah, bagi bunga rose lah, bagi hadiah lah sampai penuh wall kau ! benda ni aku tak kisah pun sebab lagi banyak aku dapat, tandanya lagi ramailah orang yang take care dekat aku. Ye tak ! Tapi kalau banyak sangat, memang aku remove lah sebab kadang-kadang laptop aku boleh jadi hangen sebab benda-benda ni semua.

Jenis yang suka nge-tagged kawan-kawan dengan gambar tah pape~
haaa yg ni aku suke...suke sgt! hahahaha;P kalau tag pic korang xpela..aku bole terima..yela..mungkin korg nk bgtau yg korg update pic baru..atau pon korg nk gtau yg korang ade baju baru...or ape2 yg baru..then aku pon bminat jugakla nk comment pic tu...tp yg aku xbekenan nye tag kt aku pic DUIT..aku tau kome ni byk duit..tp klu stakat nk tayang je bek xpayah....lenla klu korg blanje makan chicken chop ke ape ke..haaa cenggitu aku suke la...^_^ pastu kt pic duit tu korg rajin btul comment2..annoying btul aku sbb korg xsembang pasal aku pon kt comment2 tu..hahahaha;D

Status dari boipren kepada girlpren nya atau dari girlpren kepada boiprennya !

Hahaha...abu ni time-time in relationship dengan minah suka sangat post dekat wall minah yang berbunyi macam ni:
“ Ohh sayang, I love you until the end of my SPM”
Yang si minah ni pulak balas :
“ Ohh B, bestnya dengar you cakap macam tuh. I Love you to0 B !
Hahaha yang ni memang terkena kat batang hidung aku sendiri lah sebab aku pun memang suka post kat Wall Facebook boipren aku dengan status yang boleh buatkan kawan-kawan aku termuntah hijau. Tapi memang aku menyampah kalau status kau tuh, kau nak hupdate beribu-ribu kali macam kau sorang yang ada boipren or girlpren. Sekali sekala sudah lah ! Jangan over ! Memang lah masing-masing ada hak nak tulis apa-apa pun tapi hello ! Facebook ni semua kawan-kawan kau ada ! So paham-paham sendiri lah ehh.( t adelah yg mengajuk2@mengejek2 bile dlm kelas or whatsoever..hahahaha;D)
Ok lah tuh je lah yang aku nampak setiap kali aku bukak Facebook aku. Tapi apa-apa pun, disebabkan Facebook ni lah aku boleh terleka sebab enjoy sangat. Ingat ! Sebab Facebook jugaklah seseorang boleh putus dengan boipren or girlpren dia, sesorang boleh bergaduh dengan bestfriend dia and sesorang boleh jadi musuh dengan orang lain. So fikir dulu sebelum nak post apa-apa or buat apa-apa. Ada paham ?
Penat dah aku melalut and meraban ni. Thanks kerana sudi membaca and ingat ehh ! Entry ni tak ada kena mangena dengan sesiapa pun, benda ni semua umum. PEACE ! No heart feeling ok.

p/s--> zaman dolu2 xde facebook korg gune pe erk?;P

love andarienne
credit to reenbuttlady-dalinda.blogspot.com

Tuesday, March 29, 2011

4 Jenis Manusia Dalam Dunia

Empat Jenis Manusia Dalam Dunia

1. Mereka yang tidak ada lidah dan tidak ada hati.

Mereka ini ialah orang-orang yang bertaraf biasa, berotak tumpul dan berjiwa kerdil yang tidak mengenang Allah dan tidak ada kebaikan pada mereka. Mereka ini ibarat melukut yang ringan, kecuali mereka dilimpahi dengan kasih sayang Allah dan membimbing hati mereka supaya beriman serta menggerakkan angota-anggota mereka supaya patuh kepada Allah.

Berhati-hatilah supaya kamu jangan termasuk dalam golongan mereka. Janganlah kamu layan mereka dan janganlah kamu bergaul dengan mereka. Merekalah orang-orang yang dimurkai Allah dan penghuni neraka. Kita minta dilindungi Allah dari pengaruh mereka. Sebaliknya kamu hendaklah cuba menjadikan diri kamu sebagai orang yang dilengkapi dengan Ilmu Ketuhanan, Guru kepada yang baik,Pembimbing kepada agama Allah,Penyampai dan pengajak kepada manusia kepada jalan Allah.Berjaga-jagalah jika kamu hendak mempengaruhi mereka supaya mereka patuh kepada Allah dan beri amaran kepada mereka terhadap apa-apa yang memusuhi Allah. Jika kamu berjuang di jalan Allah untuk mengajak mereka menuju Allah, maka kamu akan jadi pejuang dan pahlawan di jalan Allah dan akan diberi ganjaran seperti yang diberi kepada Nabi-nabi dan Rasul.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda kepada Sayyidina Ali; "Jika Allah membimbing seseorang melalui bimbingan kamu kepadaNya, maka itu terlebih baik kepada kamu dari apa-apa sahaja di mana matahari terbit".

2. Mereka yang ada lidah tetapi tidak ada hati.

Mereka bijak bercakap tetapi tidak melakukan seperti yang dicakapkannya. Mereka mengajak manusia menuju Allah tetepi mereka sendiri lari dari Allah.Mereka benci kepada maksiat yang dilakukan oleh orang lain, tetapi mereka sendiri bergelumbang dalam maksiat itu.Mereka menunjuk kepada orang lain yang mereka itu Soleh tetapi mereka sendiri melakukan dosa-dosa yang besar. Bila mereka bersendirian, mereka bertindak selaku harimau yang berpakaian. Inilah orang yang dikatakan kepada Nabi SAW. dengan sabda;

"Yang paling aku takuti dan aku pun takut di kalangan umatku ialah orang alim yang jahat".

Kita berlindung dengan Allah daripada orang alim seperti itu. Oleh itu,larilah dan jauhkan diri kamu dari orang-orang seperti itu. Jika tidak,kamu akan terpengaruh oleh kata-kata manis yang bijak berbicara itu dan api dosanya itu akan membakari kamu dan kekotoran hatinya akan membunuh kamu.

3. Mereka yang mempunyai hati tetapi tidak ada lidah.

Dia adalah seorang yang beriman.Allah telah mendindingkan mereka daripada makhluk dan menggantungkan di keliling mereka dengan tabirNya dan memberi mereka kesedaran tentang cacat cedera diri mereka. Allah menyinari hati mereka dan menyedarkan mereka tentang kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri urusan orang ramai dan kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri orang ramai dan kejahatan kerana bercakap banyak.

Mereka ini tahu bahawa keselamatan itu terletak dalam "DIAM" dan bekhalwat. Nabi SAW. pernah bersabda;

"Barangsiapa yang diam akan mencapai keselamatan".

Sabda baginda lagi;

"Sesungguhnya berkhidmat kepada Allah itu terdiri dari sepuluh bahagian, sembilan darinya terletak dalam diam".

Oleh itu mereka dalam golongan jenis ini adalah Wali Allah dalam rahsiaNya, dilindungi dan diberi keselamatan, bijaksana, rakan Allah dan diberkati dengan keredhoan dan segala yang baik akan diberikan kepada mereka.

Oleh itu, kamu hendaklah berkawan dengan mereka dan bergaul dengan orang-orang ini dan diberi pertolongan kepada mereka. Jika kamu berbuat demikian, kamu akan dikasihi Allah dan kamu akan dipilih dan dimasukkan dalam golongan mereka yang menjadi Wali Allah dan hamba-hambanya yang Soleh.

4.Mereka yang diajak ke dunia tidak nampak(Alam Ghaib), diberi pakaian kemuliaan seperti dalam sabda Nabi SAW:


'Barangsiapa yang belajar dan mengamalkan pelajarannya dan mengajarkan orang yang lain, maka akan diajak ke dunia ghaib dan permuliakan".

Orang dalam golongan ini mempunyai ilmu-ilmu Ketuhanan dan tanda-tanda Allah. Hati mereka menjadi gedung ilmu Allah yang amat berharga dan orang itu akan diberi Allah rahsia-rahsia yang tidak diberi kepada orang lain. Allah telah memilih mereka dan membawa mereka hampir hampir kepadaNya. Allah akan membimbing mereka dan membawa mereka ke sisiNya. Hati mereka akan dilapangkan untuk menerima rahsia-rahsia ini dan ilmu-ilmu yang tinggi. Allah jadikan mereka itu pelaku dan lakuanNya dan pengajak manusia kepada jalan Allah dan melarang membuat dosa dan maksiat. Jadilah mereka itu "Orang-orang Allah". Mereka mendapat bimbingan yang benar dan yang mengesahkan kebenaran orang lain.

Mereka ibarat timbalan Nabi-nabi dan Rasul-rasul Allah. Mereka sentoasa mendapat taufiq dan hidayah dari Allah Yang Maha Agung. Orang yang dalam golongan ini adalah pada peringkat terakhir atau puncak kemanusian dan tidak ada Maqam di atas ini kecuali Kenabian.

Oleh itu hati-hatilah kamu supaya jangan memusuhi dan membantah orang-orang seperti ini dan dengarlah cakap atau nasihat mereka. Oleh itu, keselamatan terletak dalam apa yang dicakapkan oleh mereka dan dalam berdamping dengan mereka, kecuali mereka yang Allah beri kuasa dan pertolongan terhadap hak dan keampunanNya.

Sheikh Abdul Qadir Al-Jailan telah bahagikan manusia itu kepada empat golongan. Sekarang terpulanglah kepada diri kita untuk memeriksa diri sendiri jika kita mempunyai fikiran. Dan selamatkanlah diri kita jika ingin keselamatan. Mudah-mudahan Allah membimbing kita menuju kepada apa yang dikasihiNya dan diredhaiNya, dalam dunia ini dan di akhirat kelak. 

p/s--> marilah kita renung2 kan bersama dan selamat beramal^_^ 

love andarienne